Tuesday, August 23, 2011

Jalan-jalan sambil berbuka

Ahad yang lepas, kami berbuka lagi di Hotel Legend. Sebelum tue pergi ke Al-Ikhsan untuk beli kasut raya saya. tp x berkenan la pulak. Yang dah berkenan, tak de saiz pula. Saya mahu saiz 4 lor... saiz 4 1/2 pon  longgar...Kecikkan kaki saya....

pakat pakai baju merah laaa.....the red team... suka sangat...( *__ * )

 heroes in my life

Selepas  tue, kami pakat pergi ke Hotel Legend untuk berbuka puasa. Sebelum berbuka, bawak dulu anak-anak main kat pantai. Seronok yaya...siap kata rugi x bawak baju mandi... lupa ler tue...dia posa...

Yaya yang merajuk sebab x boleh mandi. Ello....sayang... bulan posa x boleh mandi kolam laa....
muka sebekkkkk jer memanjang.

Sekejap jer merajuknya. Ajak pergi pantai...terus ceria muka.. lukis-lukis kat pasir, seronok la dia.


Ika plak sibuk nak pergi tengok makanan. Ayooo.... baru pukul 6.30ptg. Lambat lai laa...  Ajak  pergi pantai pon x nak.. so saya n Yaya jer laa sibuk posing ditepi pantai...






dah sampai masa berbuka... jom berbuka...

No comments: