Showing posts with label dulu-dulu. Show all posts
Showing posts with label dulu-dulu. Show all posts

Monday, September 5, 2011

Kuih tok aji serban @ pulut sekaya

Saya memang suka memasak.....lebih-lebih lagi kalau anak-anak dan suami suka makan.... minat memasak saya sangat disokong oleh suami saya en.Molly.....

teringat semasa kecik-kecik lagi...saya tak berpeluang untuk membuat kuih 2 biskut untuk hari raya....ye laaa rumah kami di kampung.... mane ada oven?? nak membakar biskut...kena guna oven ....sukanya saya dan kakak bila mak saudara saya membuat biskut raya......dok bertenggekkkk jer kat umah dia.....dulu pon biskut yang biasa di buat ialah semperit jer..... tp itu kisah lama.....

 nasib baik suami saya tahu kegemaran saya...memasak....lagipon dia x perlu lagi membeli makanan di luar bila saya boleh masak sendiri.... setiap tahun...memang saya mesti buat biskut raya sendiri....malah kalau balik kampung, kena sediakan juga biskut sebagai buah tangan....

lagipon ika dan yaya memang suka sangat bila masuk ke dapur menolong saya membuat biskut raya....seronoknya mereka....

yang ini saya sertakan resepi kuih kegemaran kami...sebagai rujukan untuk saya dan anak-anak dimasa hadapan....resepi nie, saya ambil dari blog chef hanieliza...memang sedap...


Kuih Pulut Sekaya aka tok aji serban

Bahan-bahan
Lapisan Bawah
2 cawan pulut
2 1/2 cawan santan cair + sikit garam

Lapisan Atas

2 cawan santan pekat
1/2 cawan gula pasir
½ cawan gula merah
1/2 cawan tepung gandum
2 s/b tepung jagung
3 biji telur
1 s/t garam


Cara
Lapisan Bawah
1. Basuhkan pulut dan rendamkan beberapa jam sebelum dimasak.
2. Kukuskan sehingga masak.
3. Lapikkan pelastik dalam loyang bulat atau 4 segi berukuran 8 inic.
4. Tekankan pulut yang telah masak tadi supaya mampat dan cantik.
5. Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas.

Lapisan Atas
1. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan kacau rata. Tapiskan.
2. Masakkan sekejap sehingga naik wap.
3. Tuangkan perlahan-lahan atas pulut tadi.
4. Kukuskan lebih kurang 20 minit.
5. Sejukkan dahulu baru potong dengan pisau plastik.

Wednesday, August 24, 2011

Kenangan lama

Bila saja tiba ramadhan saya mesti terkenang dengan arwah Mok@nenek. Arwah telah meninggal pada tahun 2007 kerana sakit tua. Kami 5 beradik dijaga oleh nenek kerana ma kerja di Singapura selepas bercerai dengan abah. Teringat semasa kami kecil, selepas jer bersahur, dia akan bercerita tentang zaman dahulu. macam-macam cerita tp tetap x jemu kami dengar. Tentang banjir, tentang anak-anaknya iaitu ibu n mak saudara saya.. seronok betoi.
                                                     setahun sebelum arwah meninggal
Kenangan beraya bersama di Kampung Kok Pasir adik saya Helmi dan Afsham.

sepupu saya Lina, Ika n Siti ( adik ) juga Afsham

Gambar nie tahun 2003 semasa sambutan hari jadi Ika yang pertama. Masa tue, Ika masih merangkak. Dia suka sangat menyakat mok. x bagi mok lalu laa...suka sangat sekat jalan.. Masa nie, mak dah x berapa sihat dah.. selepas kena serangan strok. Tp masih boleh berjalan di kawasan rumah dan menjenguk jiran-jiran sebelah umah di kampung.
Arwah mok meninggal pada bulan puasa. Seminggu sebelum raya. Dalam kesibukan saya membuat biskut raya, terima panggilan dari adik di kampung. Mok telah meninggal. Begitulah ajal kita. Bila saja dipanggil kita akan kembali kepada yang Esa. Al-Fatihah untuk mok.