Wednesday, August 24, 2011

Kenangan lama

Bila saja tiba ramadhan saya mesti terkenang dengan arwah Mok@nenek. Arwah telah meninggal pada tahun 2007 kerana sakit tua. Kami 5 beradik dijaga oleh nenek kerana ma kerja di Singapura selepas bercerai dengan abah. Teringat semasa kami kecil, selepas jer bersahur, dia akan bercerita tentang zaman dahulu. macam-macam cerita tp tetap x jemu kami dengar. Tentang banjir, tentang anak-anaknya iaitu ibu n mak saudara saya.. seronok betoi.
                                                     setahun sebelum arwah meninggal
Kenangan beraya bersama di Kampung Kok Pasir adik saya Helmi dan Afsham.

sepupu saya Lina, Ika n Siti ( adik ) juga Afsham

Gambar nie tahun 2003 semasa sambutan hari jadi Ika yang pertama. Masa tue, Ika masih merangkak. Dia suka sangat menyakat mok. x bagi mok lalu laa...suka sangat sekat jalan.. Masa nie, mak dah x berapa sihat dah.. selepas kena serangan strok. Tp masih boleh berjalan di kawasan rumah dan menjenguk jiran-jiran sebelah umah di kampung.
Arwah mok meninggal pada bulan puasa. Seminggu sebelum raya. Dalam kesibukan saya membuat biskut raya, terima panggilan dari adik di kampung. Mok telah meninggal. Begitulah ajal kita. Bila saja dipanggil kita akan kembali kepada yang Esa. Al-Fatihah untuk mok.

No comments: